PENGINAPAN

KEMUDAHAN & harga

Impiana Bayu Muslim Homestay (IBMH) Kluang menyediakan kemudahan penginapan berupa rumah teres 2 tingkat yang luas dengan 4 bilik tidur dan boleh memuatkan 4 kereta di ruangan tempat letak kereta dilengkapi kemudahan wifi dan juga Netflix.

IBMH menawarkan penginapan 'FLEKSIBEL' mengikut keperluan tetamu kami dengan harga dari serendah RM160/malam* atau hanya RM360/malam untuk keseluruhan rumah.  Sama ada anda hanya menginap seramai 3 orang atau sehingga 12 orang, kami menawarkan penginapan yang bersesuaian untuk anda. Lihat kadar sewaan di bawah mengikut keperluan anda :-

TINGKAT BAWAH + bilik TAMBAHAN TINGKAT ATAS: harga dari RM160+xX*/malam

  • Tambahan 1 Bilik Tidur  Master (1 katil 'Queen') + RM100.

  • Tambahan 1 Bilik Tidur (1 katil 'Queen') + RM70.

  • Tambahan 1 Bilik Tidur (2 katil 'Single') + RM80.

TINGKAT BAWAH SAHAJA: harga dari RM160*/malam

  • 1 Bilik Tidur (1 katil 'Queen' dan 1 katil 'Single').

  • 1 Sofa untuk tambahan tempat tidur.

  • Tilam 'Single' tambahan pada caj RM30.

  • Ruang Keluarga untuk tambahan ruang tempat tidur.

SELURUH RUMAH: RM360/malam*

  • 4 Bilik Tidur. 3 katil bersaiz ' Queen' dan 2 katil bersaiz ' Single.

  • 1 Sofa untuk tambahan tempat tidur.
  • Tilam 'Single' tambahan pada caj RM30.

RUANG TAMU

Impiana Bayu Muslim Homestay Kluang

Ruang tamu dan ruang makan yang luas untuk keselesaan tetamu dilengkapi sofa dan juaga meja makan dengan 8 kerusi.

Smart TV disediakan untuk tetamu menonton filem-filem menarik melalui Netflix (tersedia) atau boleh menonton rancangan Astro melalui Sooka atau TV3 melalui Tonton (akaun sendiri).

Ruang tamu juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan tetamu.

Dapur

Dapur dilengkapi dengan ruang dapur kering dan dapur masak untuk memasak.  Kemudahan memasak juga disediakan untuk tetamu yang merancang untuk memasak seperti microwave, peti sejuk dan juga peralatan dapur untuk memasak.

Peralatan lengkap untuk menghidang makanan seperti pinggan, cawan dan lain-lain juga disediakan untuk kemudahan tetamu.

BILIK TIDUR (BAWAH)

Bilik tidur bawah menawarkan 1 katil bersaiz 'Queen' dan juga 1 katil bersaiz 'Single' berserta bilik air yang bersambung dengan bilik ini.  Untuk tetamu yang menginap hanya 3-4 orang boleh mengambil bilik ini serta tingkat bawah sahaja pada harga berpatutan.

Bilik Tidur - Tingkat Bawah

Bilik TIDUR UTAMA

Bilik Tidur 2(ATAS)

Bilik TIDUR 3(ATAS)

2025-01-29 18.15.07

Ruang Keluarga(ATAS)

Ruang Keluarga

RUANG KERETA LUAS

IBMH mempunyai ruang letak kereta yang luas yang membolehkan sehingga 4 buah kereta diletakkan serentak.

IBMH - Impiana Bayu Muslim Homestay